BlackBerry Passport - Penyelesaian masalah: BlackBerry Hub

background image

Penyelesaian masalah: BlackBerry Hub

Saya tidak menerima mesej

Cuba perkara berikut:

• Jika anda telah menukar kata laluan akaun baru-baru ini, pastikan anda mengemas kini kata laluan dalam tetapan

Akaun pada peranti BlackBerry anda.Ketik Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

> Akaun.

Ketik akaun. Buat perubahan anda. Ketik Simpan.

• Semak tetapan sambungan rangkaian anda untuk memastikan bahawa peranti anda disambungkan pada Wi-Fi atau

rangkaian mudah alih. Jika anda tidak berada dalam kawasan liputan wayarles, anda seharusnya menerima mesej
apabila anda kembali ke kawasan liputan wayarles.

• Jika anda disambungkan ke rangkaian mudah alih, semak untuk memastikan perkhidmatan data dihidupkan.Ketik

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

> Rangkaian dan Sambungan > Rangkaian Mudah

Alih. Pastikan suis Perkhidmatan Data dihidupkan.

Saya hanya dapat melihat e-mel untuk 30 hari terakhir

Bagi sesetengah jenis akaun e-mel, secara lalai, peranti BlackBerry anda pada mulanya menyegerakkan e-mel untuk 30
hari yang lalu. Untuk menukar tetapan ini, leret ke bawah dari sebelah atas skrin pada skrin utama. Ketik

> Akaun.

Ketik akaun e-mel. Ketik

. Dalam senarai juntai bawah Segerakkan Rangka Masa, ketik pilihan. Ketik Simpan.

Panduan Pengguna

BlackBerry Hub dan e-mel

92

background image

Saya tidak menemui e-mel kerja saya dalam BlackBerry Hub

Jika anda telah menambahkan akaun kerja pada peranti BlackBerry anda, pentadbir anda mungkin menghidupkan dasar
yang mengasingkan BlackBerry Hub kepada paparan kerja, yang mengandungi mesej dan pemberitahuan anda untuk
akaun kerja anda sahaja dan paparan peribadi, yang mengandungi mesej dan pemberitahuan anda untuk akaun peribadi
anda sahaja.

Untuk melihat paparan kerja, dalam BlackBerry Hub, ketik

> Tukar Kepada Kerja.

Saya tidak dapat melihat penerima mesej

Untuk melihat penerima mesej yang lain dan akaun yang anda terima mesej itu, ketik anak panah di penjuru kanan
sebelah atas skrin dalam mesej itu.

Saya tidak dapat menghantar atau memajukan mesej teks

Anda mungkin tidak dapat memajukan mesej SMS atau MMS jika kandungan mesej termasuk maklumat yang dilindungi
hak cipta.
Jika anda menggunakan akaun kerja yang disokong oleh penyelesaian EMM daripada BlackBerry, pentadbir anda
mungkin tidak membenarkan anda menghantar mesej teks tetapi anda masih dapat menerima mesej teks.

Saya tidak dapat melampirkan fail ke mesej teks

Fail mungkin terlalu besar atau pelan perkhidmatan wayarles anda mungkin tidak menyokong pemesejan MMS, yang
diperlukan untuk melampirkan fail pada mesej teks. Hubungi pembekal khidmat anda untuk mendapatkan maklumat
lanjut.

Saya tidak menemui BlackBerry Hub atau ikon Mesej Teks

Anda mungkin telah mengeluarkan ikon dari skrin utama anda. Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Walaupun ikon tidak muncul pada skrin utama, anda masih boleh mengakses mesej anda terus dari BlackBerry Hub.

Pada skrin utama, leret ke kanan untuk membuka BlackBerry Hub. Untuk melihat hanya mesej teks anda, ketik

>

Mesej Teks.

• Anda boleh memuat turun ikon dari BlackBerry World. Dalam BlackBerry World, cari Text Messaging Icon atau

BlackBerry Hub Icon dan muat turun ikon.

Panduan Pengguna

BlackBerry Hub dan e-mel

93