Saling berhubung dengan BlackBerry Hub
E-mel
Anda boleh menambahkan hampir apa jua akaun e-mel yang sedia ada pada peranti anda—e-mel tempat kerja
dan e-mel berasaskan web juga.
Mesej teks (SMS/MMS)
Jika pemesejan teks merupakan sebahagian daripada pelan perkhidmatan wayarles anda, anda dapat mencari dan
membalas SMS anda dalam BlackBerry Hub.
Rangkaian sosial
Jika anda menambahkan akaun Facebook pada peranti anda, anda dapat menerima dan membalas
pemberitahuan, mengemas kini status anda dan menghantar mesej Facebook, kesemuanya dari BlackBerry Hub.
Jika anda menambahkan akaun Twitter, anda boleh mengarang tweet, mengetahui perkembangan sebutan anda
dan menghantar mesej langsung. Dan, jika anda menambahkan akaun LinkedIn, anda dapat menerima jemputan
untuk berhubung dengan kenalan perniagaan, menghantar mesej kepada orang hubungan anda dan mengemas
kini status LinkedIn anda.
BBM dan pemesejan segera
Setelah anda menambahkan aplikasi pemesejan segera pada peranti anda, anda dapat mengakses sembang
melalui BlackBerry Hub.
Panggilan dan mel suara
Anda boleh membuat panggilan secara langsung dari BlackBerry Hub. BlackBerry Hub menunjukkan anda
panggilan yang telah dibuat dan diterima, termasuk sebarang panggilan tidak dijawab dan mesej mel suara.
Acara akan datang
Tanpa meninggalkan BlackBerry Hub, anda dapat mengintai mesyuarat serta acara yang akan datang, dan—jika
anda menambahkan akaun Facebook anda—hari lahir rakan.
Pemberitahuan
BlackBerry Hub mengumpulkan pemberitahuan anda tentang mesej PIN baru, perubahan zon masa, kemas kini
perisian, aplikasi pihak ketiga dan lain-lain lagi. Pembekal khidmat anda mungkin menghantar pemberitahuan Kit
Alat SIM kepada anda yang dipaparkan dalam BlackBerry Hub. Apabila anda mengetik pemberitahuan ini, aplikasi
Kit Alat SIM akan dilancarkan.
Panduan Pengguna
BlackBerry Hub dan e-mel
63