BlackBerry Passport - Mencari dan melindungi peranti yang hilang

background image

Mencari dan melindungi peranti yang hilang

BlackBerry Protect merangkumi ciri yang direka untuk membantu anda mencari peranti BlackBerry anda dan membantu

melindungi data di peranti anda jika peranti hilang atau dicuri. Anda boleh menghidupkan BlackBerry Protect apabila

pertama kali anda menyediakan peranti anda, atau kemudian dalam tetapan peranti anda. Anda boleh menguruskan

sehingga tujuh peranti daripada akaun BlackBerry Protect anda.
Selepas anda menghidupkan BlackBerry Protect, lawat

http://protect.blackberry.com

dan daftar masuk dengan

BlackBerry ID anda. Pada tapak web BlackBerry Protect , anda boleh melihat lokasi semasa peranti anda pada peta,

membuatnya berdering (walaupun peranti anda dalam mod senyap) atau memaparkan mesej tersuai pada peranti anda

Panduan Pengguna

Keselamatan dan sandaran

312

background image

yang dikunci untuk memberi arahan tentang cara untuk menghubungi anda. Jika peranti anda dicuri, anda boleh

menguncinya dari jauh, menukar kata laluan atau memadamkan semua data daripada peranti anda. Apabila anda

membenderakan peranti anda sebagai dicuri dan memadam semua data daripada peranti anda menggunakan BlackBerry

Protect laman web, BlackBerry Protect kekal didayakan pada peranti yang hilang atau dicuri. Jika seseorang menjumpai

peranti anda, orang itu tidak boleh menyediakannya tanpa mengetahui BlackBerry ID anda.
Jika anda menambah akaun e-mel tempat kerja pada peranti anda, pentadbir anda mungkin menyahdayakan BlackBerry

Protect atau keupayaan untuk menukar kata laluan anda dari jauh atau melihat lokasi peranti anda.

Tentang perlindungan anti-kecurian

Apabila anda menghidupkan BlackBerry Protect, perlindungan anti-kecurian dihidupkan. Orang lain tidak boleh

melakukan perkara berikut tanpa mengetahui BlackBerry IDanda:
• Matikan BlackBerry Protect
• Padam data pada peranti anda menggunakan ciri Pemadaman Keselamatan pada menu Tetapan.
• Sediakan peranti anda untuk digunakan selepas memadamkan data peranti anda dengan memasukkan kata laluan

yang salah sebanyak 10 kali.

Apabila BlackBerry Protect dihidupkan, jika seseorang cuba menyediakan peranti anda dengan BlackBerry IDyang

berlainan, peranti tidak akan dapat digunakan.
Anda boleh mematikan ciri anti-kecurian dengan mematikan BlackBerry Protect pada peranti anda. Untuk mematikan

BlackBerry Protect, anda perlu memasukkan kata laluan untuk BlackBerry IDanda.