Notis undang-undang
©
2015 BlackBerry. Hak cipta terpelihara. BlackBerry
®
dan tanda dagang, nama serta logo yang berkaitan adalah hak milik
BlackBerry Limited dan berdaftar dan/atau digunakan di A.S. dan negara di seluruh dunia.
Adobe dan Flash adalah tanda dagang Adobe Systems Incorporated. Android, Gmail dan YouTube adalah tanda dagang
Google Inc. Apple, iCal, iPhone dan Mac adalah tanda dagang Apple Inc. Bluetooth adalah tanda dagang bagi Bluetooth
SIG. Box adalah termasuk tanpa pembatasan, sama ada tanda dagangan, tanda perkhidmatan, atau tanda dagangan
berdaftar Box, Inc. DLNA Certified adalah tanda dagang Digital Living Network Alliance. Evernote adalah tanda dagang
Evernote Corporation. Facebook adalah tanda dagang Facebook, Inc. GSM adalah tanda dagang bagi GSM MOU
Association. HDMI adalah tanda dagang HDMI Licensing, LLC. IBM Notes dan IBM Notes Traveler adalah tanda dagangan
International Business Machines Corporation, yang berdaftar di banyak bidang kuasa di seluruh dunia. joyn is a trademark
of GSMA. LinkedIn adalah tanda dagang LinkedIn Corporation. Microsoft, ActiveSync, Excel, Outlook, PowerPoint dan
Windows adalah sama ada tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Microsoft Corporation di Amerika Syarikat dan/
atau negara lain. QR Code adalah tanda dagang DENSO WAVE INCORPORATED di Jepun dan negara lain. Sina Weibo
adalah tanda dagang Beijing Sina Internet Information Service Co. Ltd. Sorenson Spark adalah tanda dagang Sorenson
Media, Inc. Twitter adalah tanda dagang Twitter, Inc. Miracast, Wi-Fi dan Wi-Fi Protected Setup adalah tanda dagang Wi-Fi
Alliance. Cisco WebEx dan WebEx adalah tanda dagangan Cisco Systems, Inc. dan/atau sekutunya di Amerika Syarikat dan
lain-lain negara yang tertentu. Semua tanda dagang yang lain adalah hak milik pemilik masing-masing.
Dokumentasi ini termasuk semua dokumentasi yang terkandung sebagai rujukan di sini seperti dokumentasi yang
disediakan atau tersedia di laman web BlackBerry yang disediakan dan boleh diakses "SEBAGAIMANA ADANYA" dan
"SEBAGAIMANA TERSEDIA" dan tanpa syarat, pengesahan, jaminan, perwakilan atau waranti dalam apa jua bentuk oleh
BlackBerry Limited dan syarikat-syarikat sekutunya ("BlackBerry") dan BlackBerry tidak bertanggungjawab bagi apa-apa
tipografi, teknikal atau lain-lain ketidaktepatan, kesilapan atau sebarang perkara yang tidak dimasukkan dalam
dokumentasi ini. Bagi melindungi maklumat proprietari dan maklumat sulit BlackBerry dan/atau rahsia perdagangan,
dokumentasi ini boleh menerangkan beberapa aspek teknologi BlackBerry secara umum. BlackBerry berhak mengubah
maklumat yang terkandung dalam dokumentasi ini secara berkala; namun begitu, BlackBerry tidak membuat komitmen
untuk memberikan apa-apa perubahan, kemas kini, penambahan atau tambahan lain pada dokumentasi ini kepada anda
secara mengikut masa atau tidak membuat apa-apa perubahan sama sekali.
Dokumentasi ini mungkin mengandungi rujukan kepada sumber maklumat pihak ketiga, perkakasan atau perisian, produk
atau perkhidmatan termasuk komponen dan kandungan seperti kandungan yang dilindungi hak cipta dan/atau tapak web
pihak ketiga (secara kolektif "Produk dan Perkhidmatan Pihak Ketiga"). BlackBerry tidak mengawal dan tidak
bertanggungjawab ke atas sebarang Produk dan Perkhidmatan Pihak Ketiga termasuk, tanpa had, kandungan, ketepatan,
pematuhan hak cipta, keserasian, prestasi, kebolehpercayaan, kesahihan, kesopanan, pautan, atau mana-mana aspek
Produk dan Perkhidmatan Pihak Ketiga yang lain. Kemasukan rujukan kepada Produk dan Perkhidmatan Pihak Ketiga
dalam dokumentasi ini tidak menandakan sokongan oleh BlackBerry kepada Produk dan Perkhidmatan Pihak Ketiga atau
pihak ketiga itu dalam apa jua cara.
KECUALI SETAKAT YANG DILARANG SECARA KHUSUS OLEH UNDANG-UNDANG DALAM BIDANG KUASA DI KAWASAN
ANDA, SEMUA SYARAT, PENGENDORSAN, JAMINAN, PERWAKILAN, ATAU WARANTI DALAM APA JUA BENTUK, NYATA
ATAU TERSIRAT, TERMASUK TANPA HAD, SEBARANG SYARAT, PENGENDORSAN, JAMINAN, PERWAKILAN, ATAU
WARANTI KETAHANAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU ATAU PENGGUNAAN, KEBOLEHDAGANGAN,
KUALITI YANG BOLEH DIPERDAGANGKAN, BUKAN PELANGGARAN, KUALITI MEMUASKAN, ATAU HAK MILIK, ATAU
YANG TIMBUL DARIPADA STATUT ATAU ADAT ATAU SEMASA BERURUSAN, ATAU PENGGUNAAN PERDAGANGAN,
ATAU YANG BERKAITAN DENGAN DOKUMENTASI ATAU PENGGUNAANNYA, ATAU PRESTASI ATAU BUKAN PRESTASI
BAGI SEBARANG PERISIAN, PERKAKASAN, PERKHIDMATAN, ATAU MANA-MANA PRODUK DAN PERKHIDMATAN
Panduan Pengguna
Notis undang-undang
323
PIHAK KETIGA YANG DIRUJUK DI SINI, ADALAH DENGAN INI DIKECUALIKAN. ANDA JUGA MUNGKIN MEMPUNYAI HAK
LAIN YANG BERBEZA-BEZA MENGIKUT NEGERI ATAU WILAYAH. SESETENGAH BIDANG KUASA MUNGKIN TIDAK
MEMBENARKAN PENGECUALIAN ATAU HAD WARANTI DAN SYARAT TERSIRAT. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH
UNDANG-UNDANG, SEBARANG WARANTI ATAU SYARAT TERSIRAT YANG BERKAITAN DENGAN DOKUMENTASI INI
SETAKAT YANG TIDAK BOLEH DIKECUALIKAN SEPERTI DINYATAKAN DI ATAS, TETAPI BOLEH DIHADKAN, ADALAH
DENGAN INI TERHAD SEHINGGA SEMBILAN PULUH (90) HARI DARI TARIKH PERTAMA ANDA MEMPEROLEH
DOKUMENTASI INI ATAU ITEM YANG MENJADI PERKARA TUNTUTAN.
HINGGA KE TAHAP MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG DALAM BIDANG KUASA DI KAWASAN
ANDA, BLACKBERRY TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM APA JUA KEADAAN KE ATAS SEBARANG JENIS
KEROSAKAN YANG BERKAITAN DENGAN DOKUMEN INI ATAU OLEH PENGUNAANNYA, ATAU PRESTASI ATAU
KEGAGALAN PRESTASI TERHADAP SEBARANG PERISIAN, PERKAKASAN, PERKHIDMATAN ATAU SEBARANG PRODUK
DAN PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA YANG DIRUJUK DI SINI TERMASUK TANPA HAD, SEBARANG KEROSAKAN
BERIKUT: LANGSUNG, TURUTAN, TELADAN, SAMPINGAN, TIDAK LANGSUNG, KEROSAKAN KHAS, HUKUMAN ATAU
KEROSAKAN TERUK, GANTI RUGI BAGI KEHILANGAN KEUNTUNGAN ATAU PENDAPATAN, KEGAGALAN UNTUK
MENYEDARI SEBARANG JANGKAAN PENJIMATAN, GANGGUAN PERNIAGAAN, KEHILANGAN MAKLUMAT
PERNIAGAAN, KEHILANGAN PELUANG PERNIAGAAN, ATAU KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN DATA, KEGAGALAN
UNTUK MENGHANTAR ATAU MENERIMA SEBARANG DATA, MASALAH BERKAITAN DENGAN SEBARANG APLIKASI
YANG DIGUNAKAN SEHUBUNGAN DENGAN PRODUK ATAU PERKHIDMATAN BLACKBERRY, KOS MASA ROSAK,
KEHILANGAN PENGGUNAAN PRODUK ATAU PERKHIDMATAN BLACKBERRY ATAU SEBAHAGIAN DARIPADANYA ATAU
SEBARANG PERKHIDMATAN MASA BERBUAL, KOS BARANGAN GANTIAN, KOS PERLINDUNGAN, KEMUDAHAN ATAU
PERKHIDMATAN, KOS MODAL, ATAU KERUGIAN KEWANGAN YANG SAMA, SAMA ADA KEROSAKAN YANG TELAH
DIRAMALKAN ATAU YANG TIDAK DIJANGKA, DAN WALAUPUN JIKA BLACKBERRY TELAH DIMAKLUMKAN MENGENAI
KEMUNGKINAN KEROSAKAN TERSEBUT.
HINGGA KE TAHAP MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG DALAM BIDANG KUASA DI KAWASAN
ANDA, BLACKBERRY TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG TANGGUNGJAWAB, KEWAJIPAN, ATAU LIABILITI DALAM
KONTRAK, TORT, ATAU KEPADA ANDA TERMASUK SEBARANG LIABILITI BAGI KECUAIAN ATAU LIABILITI KETAT.
HAD, PENGECUALIAN DAN PENAFIAN DI SINI DIGUNA PAKAI KE ATAS: (A) TANPA MENGIRA SIFAT SEBAB TINDAKAN,
PERMINTAAN, ATAU TINDAKAN ANDA TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA PELANGGARAN KONTRAK,
KECUAIAN, TORT, LIABILITI KETAT ATAU MANA-MANA TEORI UNDANG-UNDANG LAIN DAN AKAN TERSELAMAT
DARIPADA KEMUNGKIRAN ASASI ATAU BEBERAPA KEMUNGKINAN ASASI ATAU KEGAGALAN MELAKSANANKAN
TUJUAN PENTING PERJANJIAN INI ATAU MANA-MANA REMEDI YANG TERKANDUNG DI DALAM INI; DAN (B) KEPADA
BLACKBERRY DAN SYARIKAT-SYARIKAT SEKUTUNYA, PENGGANTI MEREKA, PELANTIKAN, EJEN, PEMBEKAL
(TERMASUK PEMBEKAL PERKHIDMATAN MASA BERBUAL), PENGEDAR BERDAFTAR BLACKBERRY (JUGA TERMASUK
PEMBEKAL PERKHIDMATAN MASA BERBUAL) DAN PENGARAH, PEKERJA SERTA KONTRAKTOR BEBAS MASING-
MASING.
SEBAGAI TAMBAHAN KEPADA HAD DAN PENGECUALIAN YANG DITETAPKAN DI ATAS, DALAM APA JUA KEADAAN
SEKALI PUN MANA-MANA PENGARAH, PEKERJA, EJEN, PENGEDAR, PEMBEKAL, KONTRAKTOR BEBAS ATAU MANA-
MANA SYARIKAT SEKUTU BLACKBERRY TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG LIABILITI YANG WUJUD DARIPADA ATAU
YANG BERKAITAN DENGAN DOKUMENTASI INI.
Sebelum melanggan, memasang atau menggunakan sebarang Produk dan Perkhidmatan Pihak Ketiga, adalah menjadi
tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa pembekal perkhidmatan masa berbual anda telah bersetuju untuk
menyokong semua ciri mereka. Sesetengah pembekal perkhidmatan masa berbual mungkin tidak menawarkan
Panduan Pengguna
Notis undang-undang
324
kefungsian pelayaran Internet dengan langganan Perkhidmatan Internet BlackBerry
®
. Semak dengan pembekal khidmat
anda untuk ketersediaan, aturan perayauan, pelan perkhidmatan dan ciri. Pemasangan atau penggunaan Produk dan
Perkhidmatan Pihak Ketiga dengan produk dan perkhidmatan BlackBerry mungkin memerlukan satu atau lebih paten,
tanda dagang, hak cipta atau lesen lain untuk mengelakkan pelanggaran atau pencabulan hak pihak ketiga. Anda
bertanggungjawab sepenuhnya dalam menentukan sama ada untuk menggunakan Produk dan Perkhidmatan Pihak
Ketiga dan sekiranya terdapat lesen pihak ketiga yang diperlukan untuk menggunakannya. Jika lesen diperlukan, anda
bertanggungjawab untuk mendapatkannya. Anda tidak seharusnya memasang atau menggunakan Produk dan
Perkhidmatan Pihak Ketiga sehingga semua lesen yang diperlukan diperoleh. Sebarang Produk dan Perkhidmatan Pihak
Ketiga yang diberikan dengan produk dan perkhidmatan BlackBerry disediakan sebagai kemudahan kepada anda dan
disediakan "SEBAGAIMANA ADANYA" tanpa syarat yang nyata atau tersirat, pengendorsan, jaminan, perwakilan, atau
sebarang bentuk waranti oleh BlackBerry dan BlackBerry tidak bertanggungjawab sama sekali, berhubung dengannya.
Penggunaan anda terhadap Produk dan Perkhidmatan Pihak Ketiga akan ditadbir dan tertakluk pada persetujuan anda
kepada terma lesen berasingan dan perjanjian lain yang berkaitan dengan pihak ketiga, kecuali setakat yang diliputi
dengan jelas oleh lesen atau perjanjian lain dengan BlackBerry.
Terma penggunaan bagi mana-mana produk atau perkhidmatan BlackBerry ditetapkan dalam lesen berasingan atau
perjanjian lain dengan BlackBerry yang terpakai baginya. TIADA PERKARA DI DALAM DOKUMENTASI INI YANG
BERTUJUAN UNTUK MENGGANTIKAN SEBARANG PERJANJIAN BERTULIS ATAU WARANTI YANG DINYATAKAN
DENGAN JELAS YANG DIBERIKAN OLEH BLACKBERRY UNTUK BAHAGIAN MANA-MANA PRODUK ATAU
PERKHIDMATAN BLACKBERRY SELAIN DARIPADA DOKUMENTASI INI.
Maklumat yang disediakan dalam panduan ini terpakai untuk model telefon pintar berikut:
SQW100-1 / RGY181LW
SQW100-3 / RGV161LW
SQW100-4 / RHR191LW
BlackBerry Limited
2200 University Avenue East
Waterloo, Ontario
Kanada N2K 0A7
BlackBerry UK Limited
200 Bath Road
Slough, Berkshire SL1 3XE
United Kingdom
Diterbitkan di Kanada
Panduan Pengguna
Notis undang-undang
325