Baru dalam keluaran ini
Memperkenalkan BlackBerry 10 OS versi 10.3.2
BlackBerry 10 OS versi 10.3.2 menyediakan anda dengan ciri baru dan peningkatan yang direka untuk membuatkan
peranti BlackBerry anda lebih selamat dan untuk membantu anda menjadi lebih produktif.
BlackBerry Hub
Daripada senarai lampiran, anda boleh membuka e-mel yang berkaitan dengan lampiran, menjadikannya lebih mudah
untuk membalas mesej.
Anda boleh membersihkan senarai kenalan terbaru, untuk mengelakkan kenalan tersebut muncul sebagai cadangan
apabila anda mengarang mesej.
•
Buka e-mel yang berkaitan untuk lampiran
•
Kosongkan cadangan kenalan terbaru
Kalendar
Ciri Mod Mesyuarat telah dipertingkatkan. Anda boleh memilih kalendar, serta jenis dan tempoh acara kalendar yang
terlibat mengikut Mod Mesyuarat.
Apabila anda menjadualkan mesyuarat, anda boleh melihat masa mesyuarat yang berlangsung di zon masa yang lain.
Anda boleh menetapkan kalendar anda agar memaparkan nombor yang meningkat bagi menunjukkan kesibukan sehari.
Saiz hanya menunjukkan kesibukan anda pada waktu kerja.
•
Konfigurasi Mod Mesyuarat
•
Pratonton zon masa dalam acara
•
Tukar cara kalendar anda dipaparkan
Kamera
Peningkatan telah dibuat pada aplikasi Kamera, bagi hasil yang lebih baik di kawasan yang bercahaya malap.
Panduan Pengguna
Persediaan dan asas
6
Secara lalai, ciri Pengesanan Muka dihidupkan dan ia telah ditingkatkan untuk membawakan muka ke dalam fokus yang
lebih baik.
Mematikan Pengesan Muka
BlackBerry Assistant
Anda boleh menetapkan, menjeda menyambung semula atau menghentikan pemasa menggunakan aplikasi BlackBerry
Assistant.
Perkara yang anda boleh lakukan dengan BlackBerry Assistant
Gerak isyarat intai
Apabila yang anda meluncurkan jari anda ke atas dari bahagian bawah skrin dan tahan jari anda di situ, tarikh muncul di
bahagian atas skrin.
Pemindahan fail
Sokongan MTP telah ditambah pada BlackBerry 10 OS, membolehkan anda memindahkan fail media dengan lebih cepat
antara komputer dan peranti menggunakan sambungan USB.
Pindahkan fail antara komputer dan peranti anda menggunakan sambungan USB
Pelayar BlackBerry
Sokongan suara telah ditambah pada Pelayar BlackBerry. Ciri ini membolehkan anda mendengar kandungan di laman web
dibaca dengan kuat.
Pelayar BlackBerry telah dikemas kini dengan lebih perlindungan terhadap serangan perisian hasad dan pemancingan
data yang diketahui.
Untuk mengakses ciri Semak Imbas Peribadi, anda boleh mengetik
di penjuru sebelah kiri skrin Jika ada tab lain yang
terbuka, anda boleh menukar kepadanya semula semasa sesi menyemak imbas peribadi.
•
Hidupkan sokongan suara dalam mod pembaca
•
Menghidupkan semak imbas peribadi
Panduan Pengguna
Persediaan dan asas
7
Keselamatan
BlackBerry Protect memasukkan ciri anti kecurian yang direka untuk menyediakan lebih perlindungan untuk data pada
peranti anda dengan mengaitkan lebih rapat peranti anda dengan BlackBerry ID anda.
Jika anda menyediakan peranti anda menggunakan aplikasi Persediaan dan anda memasukkan atau mencipta BlackBerry
ID, BlackBerry Protect dihidupkan secara automatik. Jika anda mematikan BlackBerry Protect, yang anda boleh
menghidupkan ciri tersebut kemudian daripada skrin Tetapan BlackBerry Protect.
Jika anda mengemas kini peranti anda kepada BlackBerry 10 OS versi 10.3.2 daripada versi yang lebih awal daripada
BlackBerry 10 OS, dan anda tidak menghidupkan BlackBerry Protect, pemberitahuan akan menyediakan maklumat
mengenai cara untuk menghidupkan BlackBerry Protect.
Apabila ciri anti kecurian BlackBerry Protect dihidupkan, anda perlu memasukkan BlackBerry ID untuk melaksanakan
pemadaman keselamatan. Apabila memadam peranti, (contohnya, untuk bertukar kepada peranti baru atau memberikan
peranti anda) ciri anti kecurian dimatikan.
Jika peranti anda hilang atau dicuri, yang anda boleh log masuk ke laman web BlackBerry Protect di
protect.blackberry.com
. Daripada laman web BlackBerry Protect, anda boleh cuba melihat lokasi peranti anda pada peta,
mengunci peranti anda dan memadam data daripada peranti anda.
•
Mencari dan melindungi peranti yang hilang
•
Sediakan BlackBerry Protect pada peranti anda
Pemesejan selamat
Jika akaun e-mel anda disokong oleh Microsoft Exchange ActiveSync,anda boleh menggunakan S/MIME untuk akaun
tersebut. Jika organisasi anda menggunakan direktori LDAP, anda boleh mengkonfigurasikan tetapan anda supaya sijil S/
MIME bagi pengguna dalam direktori LDAP tersedia untuk anda.
Mengkonfigurasi tetapan pelayan LDAP anda
Telefon
Jika organisasi anda menyokong penggunaan berbilang talian telefon, anda boleh membuat panggilan dan menghantar
mesej teks menggunakan nombor telefon yang berbeza. Memiliki nombor telefon yang berlainan membantu anda dan
organisasi anda membezakan antara kegunaan peribadi dan kegunaan kerja bagi peranti anda.
Tukar antara talian telefon tempat kerja dan talian telefon peribadi anda
Panduan Pengguna
Persediaan dan asas
8