BlackBerry Passport - Menggunakan BlackBerry ID anda untuk menukar peranti

background image

Menggunakan BlackBerry ID anda untuk menukar

peranti

Menggunakan BlackBerry ID anda pada peranti baru

Apabila anda beralih ke peranti BlackBerry baru, semasa persediaan, anda akan diminta untuk memasukkan nama

pengguna dan kata laluan BlackBerry ID anda. Adalah penting untuk menggunakan BlackBerry ID sama yang anda

gunakan pada peranti sebelum ini, oleh kerana banyak aplikasi dan tetapan anda dikaitkan dengan BlackBerry ID anda.
Sebagai contoh, semasa anda menggunakan BlackBerry ID sedia ada pada peranti baru anda, anda boleh memasang

semula aplikasi yang telah dimuat turun pada peranti anda sebelum ini daripada kedai BlackBerry World, jika versi aplikasi

itu wujud untuk peranti baru anda.

Cari BlackBerry ID anda pada peranti lama anda

Jika anda telah mencipta BlackBerry ID sebelum ini dan menukar kepada peranti BlackBerry baru, adalah penting untuk
mendaftar masuk menggunakan BlackBerry ID sedia ada anda kerana kebanyakan aplikasi dan tetapan anda dikaitkan
dengannya.

1.

Pada skrin utama peranti lama anda, klik Pilihan.

2.

Bergantung pada peranti anda, lakukan salah satu daripada berikut:
• Klik Aplikasi Pihak Ketiga > BlackBerry ID.
• Klik Peranti > BlackBerry ID.
• Klik BlackBerry ID.

Bagaimanakah saya hendak menetapkan semula kata