BlackBerry Passport - Menyediakan peranti anda

background image

Menyediakan peranti anda

Untuk menyediakan peranti BlackBerry 10, anda memerlukan kad SIM nano. Jika anda tidak memiliki kad SIM atau tidak

memiliki jenis kad SIM yang betul, hubungi pembekal perkhidmatan anda.

Panduan Pengguna

Persediaan dan asas

17

background image

Jika anda mahu storan lebih besar untuk gambar, video, muzik dan dokumen, masukkan kad media (kad microSD).
Apabila anda bersedia, buka aplikasi Persediaan. Aplikasi ini membantu anda memindahkan kandungan daripada peranti

lama anda, dan menambah e-mel, BBM, pemesejan segera dan akaun rangkaian sosial.

Masukkan kad SIM

Bergantung pada pembekal khidmat anda dan tempat anda membeli peranti, BlackBerry kad SIM mungkin telah
dimasukkan.

1.

Dengan bahagian belakang peranti menghadap anda, gunakan lekukan di bahagian atas telefon pintar untuk

menarik bahagian atas penutup ke arah anda.

2.

Dengan sesentuh logam membelakangi anda, masukkan kad SIM nano ke dalam slot sebelah kanan.

Masukkan kad media

1.

Dengan bahagian belakang peranti BlackBerry menghadap anda, gunakan lekukan di bahagian atas peranti untuk

menarik bahagian atas penutup ke arah anda.

Panduan Pengguna

Persediaan dan asas

18

background image

2.

Dengan sesentuh logam membelakangi anda, masukkan kad media ke dalam slot kiri.

Menyediakan peranti anda menggunakan aplikasi

Persediaan

Petua: Sambungan rangkaian diperlukan untuk sesetengah ciri dalam aplikasi Persediaan.
Anda boleh menggunakan aplikasi Persediaan untuk melakukan mana-mana perkara berikut:
• Ketahui mengenai ciri baru dan lihat tutorial untuk mengetahui tentang gerak isyarat dan kekunci
• Tambah e-mel, BBM, pemesejan segera dan akaun rangkaian sosial anda
• Ketahui cara memindahkan kandungan daripada peranti lama anda
• Menyesuaikan bunyi dan pemberitahuan anda
• Tetapkan kata laluan untuk peranti anda
• Sediakan pilihan pembayaran untuk pembelian dari kedai BlackBerry World
• Menyesuaikan tetapan peranti anda
Aplikasi Persediaan menggesa anda untuk mendaftar masuk dengan BlackBerry ID sedia ada anda dan membolehkan

anda untuk mencipta yang baru. Jika anda tidak pasti sama ada anda sudah mempunyai BlackBerry ID, lawati

www.blackberry.com/blackberryid

di komputer anda.

Untuk membuka aplikasi Persediaan, pada skrin utama, ketik

.