BlackBerry Passport - Bersedia untuk menukar peranti

background image

Bersedia untuk menukar peranti

Sebelum anda mula menukar kepada peranti BlackBerry 10 baru anda, luangkan sedikit masa untuk memastikan yang

anda telah melengkapkan tindakan berikut.
• Lengkapkan semua arahan dalam aplikasi Persediaan yang dibuka semasa kali pertama peranti BlackBerry 10 anda

dimulakan selepas anda memasukkan bateri. Anda boleh mencari aplikasi Persediaan pada skrin utama peranti anda.

• Jika anda mempunyai maklumat yang disimpan pada kad SIM anda, seperti maklumat kenalan, simpan data tersebut

pada ruang storan di peranti lama anda atau kad media anda sebelum mula menukar peranti.

• Jika anda mempunyai sebarang nama pengguna atau kata laluan yang disimpan di peranti lama anda, seperti

BlackBerry ID anda, pertimbangkan menulis maklumat ini untuk sementara waktu supaya anda ada maklumat ini

semasa anda ingin menambahkan akaun pada peranti baru anda.