Menyandarkan data peranti anda
Menggunakan komputer dan BlackBerry Link, anda boleh membuat sandaran dan memulihkan hampir semua data di
peranti BlackBerry anda. Anda boleh membuat sandaran tetapan, sejarah telefon, fon, carian disimpan, mesej, menyusun
data, penanda halaman pelayar dan fail media.
Anda harus mencipta dan menyimpan fail sandaran pada komputer anda secara kerap, terutamanya sebelum anda
mengemas kini sebarang perisian peranti. Mengekalkan fail sandaran semasa pada komputer anda mungkin
membolehkan anda memulihkan data peranti jika peranti anda hilang, dicuri atau rosak disebabkan isu yang tidak
dijangka.
Nota: Jika peranti anda diaktifkan pada penyelesaian Enterprise Mobility Management daripada BlackBerry, hubungi
pentadbir anda untuk mengesahkan sama ada anda boleh membuat sandaran dan memulihkan data peranti anda.
Panduan Pengguna
Persediaan dan asas
35