BlackBerry Passport - Bagaimanakah saya hendak memanjangkan hayat bateri?

background image

Bagaimanakah saya hendak memanjangkan hayat

bateri?

Hayat bateri berbeza-beza bergantung pada cara anda menggunakan peranti BlackBerry anda. Untuk membantu kuasa

bateri tahan lebih lama, berikut adalah beberapa pertimbangan:

Malapkan skrin

Panjangkan hayat bateri dengan menukar tetapan peranti anda supaya memalapkan skrin.
Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Untuk melaraskan kecerahan skrin, pilih hias latar berwarna gelap atau ubah tamat masa kunci skrin, pada skrin

utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan > Paparan.

• Untuk mengunci peranti anda secara automatik dan memalapkan skrin apabila ia dalam bekas atau sarung

BlackBerry, pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan > Keselamatan dan Privasi

> Kata Laluan Peranti > Kunci Peranti Semasa Disarungkan.

Panduan Pengguna

Tetapan

143

background image

Kurangkan kelantangan

Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Untuk mengurangkan kelantangan peranti, gunakan kekunci kelantangan di sebelah kanan peranti anda.
• Untuk melaraskan tetapan kelantangan lain seperti kelantangan aplikasi atau pemberitahuan, pada skrin utama, leret

ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan > Kelantangan Utama atau Pemberitahuan.

Tutup aplikasi

Tingkatkan jangka masa kuasa bateri bertahan dalam satu pengecasan dengan menutup sebarang aplikasi atau ciri yang
anda telah selesai gunakan supaya ia tidak terus berjalan di latar. Sesetengah ciri menggunakan lebih kuasa bateri
berbanding yang lain. Tutup atau matikan aplikasi dan ciri ini apabila anda tidak menggunakannya: Kamera, (jika peranti
anda dilengkapi dengan kamera), Pelayar BlackBerry, GPS dan teknologi Bluetooth.

Matikan sambungan

Jika peranti anda berada di luar kawasan liputan wayarles, anda boleh matikan sambungan supaya peranti anda tidak
berterusan mencari isyarat rangkaian. Anda juga boleh membantu memanjangkan hayat bateri dengan memadam
rangkaian Wi-Fi yang disimpan yang tidak digunakan lagi.
Lakukan mana-mana perkara berikut:

• Untuk mematikan sambungan, pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan >

Rangkaian dan Sambungan.

• Untuk mematikan rangkaian Wi-Fi yang disimpan, pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin. Ketik

Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Wi-Fi >

. Ketik dan tahan rangkaian yang hendak dipadamkan. Ketik

.

Kemas kini perisian anda

Anda sentiasa mendapat lonjakan dalam penjimatan kuasa dengan menggunakan versi terkini BlackBerry 10 OS. Jika
kemas kini perisian tersedia untuk peranti anda, pemberitahuan muncul dalam BlackBerry Hub.

Gunakan kad media

Kurangkan penggunaan kuasa dengan menyimpan kurang data pada peranti anda. Simpan data pada kad media sebagai
ganti ruang storan peranti anda.

Panduan Pengguna

Tetapan

144

background image

Matikan denyar kamera

Jika peranti anda dilengkapi dengan kamera, jimatkan lebih banyak kuasa dengan mematikan denyar kamera semasa
mengambil gambar.
Petua: Seperti kebanyakan peranti elektronik, bateri peranti anda akan berkurangan dengan perlahan jika anda
menjauhkannya daripada cahaya matahari dan tempat panas, memastikan sesentuh bateri bersih dan mengecasnya
dengan kerap. Elakkan daripada membiarkan peranti anda dimatikan dengan paras kuasa bateri yang rendah bagi satu
tempoh masa yang lama.