Matikan peranti anda
Tekan terus kekunci Kuasa/Kunci di bahagian atas peranti BlackBerry anda.
Letakkan peranti anda dalam mod tunggu sedia
Apabila anda meletakkan peranti BlackBerry anda dalam mod tunggu sedia, cahaya latar skrin peranti dimatikan dan skrin
dikunci. Sambungan wayarles dan penggera jam tidak terjejas.
Panduan Pengguna
Tetapan
137
Tekan kekunci Kuasa/Kunci di bahagian atas peranti anda.
Untuk membangkitkan peranti anda, leret ke atas dari bawah skrin peranti.
Mulakan semula atau tetapkan semula peranti anda
Jika peranti BlackBerry anda menjadi lebih perlahan daripada biasa atau tidak memberi respons, matikan dan hidupkan
peranti anda semula mungkin dapat menyelesaikan masalah ini.
Lakukan salah satu perkara berikut:
• Untuk memulakan semula peranti anda, tekan dan tahan kekunci Kuasa/Kunci di bahagian atas peranti anda. Ketik
.
• Untuk menetapkan semula peranti anda, tekan terus kekunci Kuasa/Kunci selama sepuluh saat.