Menggunakan Mod Penjimatan Bateri
Jika paras kuasa bateri anda menurun, anda boleh menyediakan Mod Penjimatan Bateri supaya hidup secara automatik
dan membantu hayat bateri anda bertahan lebih lama apabila anda memerlukannya! Apabila Mod Penjimatan Bateri
dihidupkan, peranti anda secara automatik melaraskan pelbagai tetapan bagi membantu menjimatkan kuasa bateri. Jika
anda perlu menjimatkan lebih banyak kuasa bateri, anda juga boleh melaraskan tetapan tambahan. Contohnya, anda
boleh memilih untuk mematikan perkhidmatan data atau perkhidmatan lokasi untuk menjimatkan lebih banyak kuasa
bateri.
Secara lalai, Mod Penjimatan Bateri hidup secara automatik apabila paras kuasa bateri anda berbaki 20% atau lebih
rendah. Anda juga boleh menghidupkan Mod Penjimatan Bateri secara manual pada bila-bila masa.