Mengalihkan atau menyalin fail media dan dokumen
Anda boleh menyeret dan melepaskan dokumen, gambar, video, muzik dan fail lain dengan menggunakan peranti
BlackBerry anda sebagai pemacu pada komputer anda.
Anda juga boleh menggunakan BlackBerry Link untuk menyegerakkan fail media dan dokumen antara peranti dan
komputer anda. Untuk memuat turun BlackBerry Link, pada komputer anda, lawati
www.blackberry.com/BlackBerryLink
.
Untuk maklumat lanjut mengenai menyegerakkan fail media dan dokumen, lihat Bantuan dalam BlackBerry Link.
Petua: Untuk mencari fail di peranti anda, jika anda tahu nama fail atau folder, ketik
untuk mencarinya.
Pindahkan fail antara komputer dan peranti anda menggunakan
sambungan USB
1.
Menggunakan kabel USB, sambungkan peranti BlackBerry anda ke komputer anda.
2.
Jika perlu, masukkan kata laluan peranti anda.
Peranti dan kad media anda dipaparkan sebagai pemacu pada komputer anda.
3.
Pergi ke fail atau folder yang ingin anda salin.
Panduan Pengguna
Tetapan
217
4.
Seret dan lepas fail atau folder.
Pindahkan fail antara komputer dan peranti anda menggunakan
sambungan Wi-Fi
Anda hendaklah menetapkan kata laluan akses storan baru setiap kali anda menghidupkan akses ke storan menggunakan
rangkaian Wi-Fi . Sebelum fail dialihkan melalui rangkaian Wi-Fi , anda digesa untuk memasukkan kata laluan akses
storan.
1.
Pada skrin utama peranti BlackBerry anda, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik
Tetapan > Perihal.
3.
Dalam senarai juntai bawah Kategori, ketik Rangkaian. Catatkan alamat IPv4 .
4.
Ketik
.
5.
Ketik Storan dan Akses.
6.
Hidupkan suis Akses menggunakan Wi-Fi.
7.
Taipkan kata laluan akses storan.
8.
Ketik Pengenalan pada Rangkaian dan catatkan Nama pengguna.
9.
Pada komputer anda, lakukan salah satu daripada berikut:
• Jika komputer anda menggunakan sistem pengendalian Windows , dalam perintah Run, taipkan alamat IP
menggunakan format berikut: \\xxx.xxx.xxx.xxx.
• Jika komputer anda menggunakan sistem pengendalian Mac , klik Pergi > Sambung ke Pelayan. Taipkan alamat
IP menggunakan format berikut: smb://xxx.xxx.xxx.xxx.
10. Pergi ke fail atau folder yang ingin anda salin.
11. Semasa digesa, masukkan nama pengguna dan kata laluan akses storan.
12. Seret dan lepas fail atau folder.