Peranti BlackBerry anda direka untuk membantu anda kekal produktif dengan teknologi bantuan untuk orang kurang
upaya dan keperluan khas. BlackBerry terus meningkatkan ciri kebolehcapaian di peranti BlackBerry anda dengan
mengemas kini ciri sedia ada dan gerak isyarat diperluaskan untuk digunakan dengan BlackBerry Screen Reader.
Gerak isyarat
• Gerak isyarat "Di mana saya" menjadikan BlackBerry Screen Reader menerangkan aplikasi dan pada masa ini
mengaktifkan titik berkaitan. Untuk menggunakan gerak isyarat "Di mana saya", ketik skrin dengan dua jari. Apabila
anda di skrin utama, gerak isyarat "Di mana saya" membaca maklumat mengenai ikon di bahagian atas sebelah kiri
skrin.
Aplikasi menyokong BlackBerry Screen Reader
BlackBerry Screen Reader kini menyokong aplikasi berikut:
• BlackBerry Remember
• Muzik
• Tag Pintar
Tetapan
• Kini anda boleh menetapkan paparan menggunakan ciri Terbalikkan Kontras..
• Kini terdapat anak tetingkap pratonton untuk tetapan Kapsyen Tertutup.
BlackBerry Screen Reader
• Anda boleh gulung semula BlackBerry Screen Reader untuk membaca sehingga sepuluh item terakhir yang disebut.
BlackBerry Screen Reader
BlackBerry Screen Reader adalah teknologi bantuan yang membantu pengguna cacat penglihatan untuk berinteraksi
dengan peranti BlackBerry 10 mereka menggunakan output pertuturan. BlackBerry Screen Reader menggunakan teks
kepada pertuturan (TTS) untuk membaca kandungan skrin, seperti dokumen, mesej e-mel, mesej teks (SMS atau MMS),
tajuk dan sifat fail media dan lain-lain maklumat berasaskan teks. BlackBerry Screen Reader juga memberikan isyarat
navigasi dengan membaca maklumat reka letak skrin, seperti tajuk menu, nombor halaman dan pautan.
Panduan Pengguna
Tetapan
198