BlackBerry Passport - Hidupkan tetapan Gema Papan Kekunci menggunakan tetapan peranti

background image

Hidupkan tetapan Gema Papan Kekunci menggunakan tetapan peranti

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik Tetapan

untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan menu Tetapan.

3.

Ketik Kebolehcapaian untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan

Kebolehcapaian.

4.

Ketik Pembaca Skrin untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Pembaca

Skrin.

5.

Ketik Gema Papan Kekunci untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, dwiketik untuk mengaktifkan pilihan Gema

Papan Kekunci.

6.

Dalam senarai juntai bawah Gema Papan Kekunci, dwiketik Tiada, Aksara, Perkataan atau Aksara dan Perkataan

untuk menetapkan titik berkaitan. Kemudian, ketik untuk mengaktifkan pilihan anda.

7.

Tutup tetapan BlackBerry Screen Reader dengan salah satu cara yang berikut:
• Leret ke atas dari bahagian bawah skrin untuk meminimumkan skrin. Jika peranti anda mempunyai trackpad,

cuba elakkan dari menyentuhnya semasa anda meleret ke atas untuk membuka kunci skrin. Leret ke atas dari

sebelah kiri atau kanan trackpad. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan, dwiketik dengan dua jari

untuk menutup aplikasi.

• Dwiketik

di penjuru kiri bawah skrin untuk kembali ke skrin Kebolehcapaian. Ketik

di penjuru kiri bawah

skrin sekali lagi untuk kembali ke skrin Tetapan Sistem. Dengan titik berkaitan pada aplikasi diminimumkan,

dwiketik dengan dua jari untuk menutup aplikasi.