Melaraskan bahasa berjela teks atau tanda baca menggunakan gerak
isyarat
Apabila anda mempelajari cara untuk menggunakan BlackBerry Screen Reader, anda boleh menetapkan bahasa berjela
kepada tetapan yang lebih tinggi. Selepas anda lebih biasa dengan peranti BlackBerry, anda boleh menukar bahasa
berjela untuk menyertakan maklumat yang kurang. Contohnya, apabila BlackBerry Screen Reader menjeda di hujung ayat,
ia mungkin tidak perlu bagi pembaca skrin untuk menunjukkan bahawa terdapat noktah atau tanda seru.
Anda boleh melaraskan dua jenis bahasa berjela dalam BlackBerry Screen Reader. Bahasa berjela teks termasuklah
perkataan bukan kandungan seperti label, item senarai semasa bagi jumlah item senarai dan petua navigasi. Bahasa
berjela tanda baca termasuklah jumlah tanda baca yang dibaca.
Panduan Pengguna
Tetapan
208
Apabila anda menghidupkan BlackBerry Screen Reader, anda menggunakan gerak isyarat untuk menyelesaikan tugas.
Petua: Jika peranti BlackBerry anda mempunyai trackpad, gerak isyarat leret yang disenaraikan dalam arahan ini boleh
dilakukan menggunakan trackpad atau pada skrin.
1.
Apabila anda telah menghidupkan BlackBerry Screen Reader, leret ke bawah dan ke kanan dengan satu jari untuk
mengakses mod Tugas Pantas.
2.
Ketik dengan satu jari untuk membuka tetapan BlackBerry Screen Reader.
3.
Untuk menetapkan bahasa berjela teks, lengkapkan langkah berikut:
a.
Leret ke kanan dengan satu jari untuk bergerak melalui pilihan tetapan sehingga anda mencapai Bahasa
Berjela.
b.
Ketik Bahasa Berjela dengan satu jari untuk menetapkan titik berkaitan.
c.
Ketik dengan satu jari untuk mengaktifkan medan Bahasa Berjela sebagai titik berkaitan dan membuka senarai
juntai bawah pilihan.
d.
Ketik dengan satu jari untuk menetapkan titik berkaitan pada pilihan sama ada bahasa berjela tinggi atau
bahasa berjela rendah.
e.
Dwiketik dengan satu jari untuk memilih pilihan anda.
4.
Untuk menetapkan bahasa berjela tanda baca, lengkapkan langkah berikut:
a.
Ketik Bahasa Berjela Tanda Baca dengan satu jari untuk menetapkan titik berkaitan.
b.
Dwiketik dengan satu jari untuk mengaktifkan medan Bahasa Berjela Tanda Baca sebagai titik berkaitan.
c.
Ketik dengan satu jari untuk menetapkan titik berkaitan pada pilihan bahasa berjela tanda baca.
d.
Dwiketik dengan satu jari untuk memilih pilihan anda.
Selepas 3 saat, peranti anda keluar daripada mod Tugas Pantas.