BlackBerry Passport - Memulihkan peranti anda kepada tetapan lalai kilang menggunakan BlackBerry Link

background image

Memulihkan peranti anda kepada tetapan lalai kilang

menggunakan BlackBerry Link

Jika anda memulihkan peranti BlackBerry 10 anda kepada tetapan lalai, BlackBerry Link memadam semua data dan
aplikasi pihak ketiga daripada peranti anda. Sebarang dasar IT yang digunakan pada peranti anda juga dipadam. Selepas
anda memulihkan peranti anda kepada tetapan lalainya, anda boleh menjalankan aplikasi persediaan pada peranti anda
untuk menyediakan peranti sekali lagi.
Sebelum anda mula, anda perlu menyandarkan data anda agar anda mempunyai salinan data di komputer anda.
AWAS: Anda tidak boleh menghentikan proses memulihkan peranti anda kepada tetapan lalai selepas ia bermula. Jika
anda menetapkan semula peranti anda, proses itu diteruskan selepas peranti dimulakan semula.

1.

Pada komputer anda, buka BlackBerry Link.

2.

Sambungkan peranti anda ke komputer menggunakan kabel USB.

3.

Di bahagian tepi tetingkap BlackBerry Link, klik peranti anda.

4.

Lakukan salah satu perkara berikut:
• Pada komputer Windows, klik Sandarkan & Pulihkan. Klik Tetapan Semula Kilang.
• Pada komputer Mac, klik BlackBerry Link > Keutamaan. Klik Muat Semula > Muat Semula.