Menggunakan peranti anda dengan
BlackBerry Link
Gunakan BlackBerry Link untuk menguruskan peranti anda dan membenarkan sambungan antara peranti dan komputer
anda. Anda boleh:
• Membenarkan akses fail jauh, supaya peranti anda boleh mengakses fail yang disimpan dalam pustaka di komputer
anda.
• Melihat dan memadamkan fail yang disimpan di komputer daripada peranti anda.
Panduan Pengguna
Tetapan
221
• Menyegerakkan kenalan dan janji temu kalendar antara peranti dan komputer anda.
• Menyegerakkan muzik, gambar, video dan dokumen antara peranti dan komputer anda melalui sambungan USB atau
sambungan Sambungan Wi-Fi.
• Menyandarkan dan memulihkan data peranti anda.
• Memindahkan tetapan dan data yang disokong ke peranti lain.
• Menguruskan berbilang peranti di komputer anda yang menggunakan BlackBerry ID yang sama atau berbeza.
• Mengemas kini atau memasang semula perisian peranti anda.
Untuk memuat turun versi terkini BlackBerry Link ke komputer anda, lawati
www.blackberry.com/BlackBerryLink
.