Memilih teks menggunakan Papan Kekunci BlackBerry
Papan Kekunci BlackBerry menyediakan beberapa cara untuk menyerlahkan dan memilih teks.
Panduan Pengguna
Tetapan
180
1.
Serlahkan teks yang anda ingin pilih:
• Pada skrin, sentuh dan tahan perkataan.
• Pada papan kekunci, dwiketik untuk membuka bulatan kepentingan.
2.
Untuk mengembangkan pemilihan teks, lakukan salah satu perkara berikut:
• Untuk memilih lebih banyak teks secara automatik, terus sentuh dan tahan teks di skrin. Pilihan anda
mengembang daripada perkataan kepada ayat, dan daripada ayat kepada perenggan selama mana anda
menahan.
• Ketik
untuk mengembangkan pemilihan kepada perkataan.
• Ketik
untuk mengembangkan pemilihan kepada seluruh perenggan.
• Untuk memilih lebih banyak teks yang diterbitkan, seperti dalam pelayar atau fail PDF, gerakkan pemegang
penunjuk kursor untuk menyerlahkan seluruh bahagian teks.
• Untuk memilih lebih banyak teks dalam editor teks, seperti mesej e-mel, letakkan kursor pada permulaan teks
yang anda ingin pilih. Sentuh dan tahan
dan seret bulatan kepentingan di skrin untuk menyerlahkan seluruh
bahagian teks.
• Sentuh dan tahan
. Gerakkan jari anda di atas papan kekunci untuk menggerakkan bulatan kepentingan di
skrin ke seluruh bahagian teks.
• Dwiketik Papan Kekunci BlackBerry untuk membuka bulatan kepentingan. Gerakkan jari anda di atas papan
kekunci untuk mengalihkan bulatan ke teks.
Untuk menolak pilihan, ketik di mana sahaja di atas skrin.