Berkongsi sambungan rangkaian mudah alih anda menggunakan
penambatan Internet
Bayaran tambahan mungkin dikenakan kerana menggunakan penambatan Internet. Pada sesetengah rangkaian, anda
tidak dapat menggunakan sesetengah perkhidmatan pada peranti BlackBerry anda, seperti e-mel dan BlackBerry
Messenger, semasa anda menggunakan penambatan Internet.
Panduan Pengguna
Tetapan
174
Gunakan penambatan Internet untuk berkongsi sambungan Internet
anda
Anda boleh menambat peranti BlackBerry anda menggunakan kabel USB atau sambungan Bluetooth.
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik
Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Penambatan Internet.
3.
Jika anda belum pernah menggunakan penambatan Internet, lengkapkan arahan pada skrin. Baca skrin persediaan
dengan teliti kerana maklumat penting diberikan tentang ciri penambatan Internet.
4.
Dalam senarai juntai bawah Sambung menggunakan, ketik USB atau Bluetooth.
5.
Hidupkan suis Penambatan Internet.
6.
Sambungkan peranti BlackBerry anda pada komputer riba atau tablet menggunakan kabel USB atau sambungan
Bluetooth.