BlackBerry Passport - Membenarkan peranti didayakan Bluetooth untuk mengakses kenalan anda

background image

Membenarkan peranti didayakan Bluetooth untuk mengakses kenalan

anda

Anda boleh membenarkan peranti didayakan Bluetooth yang menyokong Profil Akses Buku Telefon (PBAP) untuk

mengakses maklumat kenalan dalam aplikasi Kenalan di peranti BlackBerry anda. Contohnya, jika anda membenarkan

akses kepada semua kenalan anda, apabila peranti anda berpasangan dengan kit kereta didayakan Bluetooth dan

menerima panggilan daripada kenalan, kit kereta anda boleh memaparkan nama pemanggil.
Apabila anda membenarkan akses kepada maklumat kenalan anda:
• Jika sebelum ini peranti BlackBerry anda yang berpasangan dan bersambung menjalankan BlackBerry 10 OS versi

10.3.0 atau lebih lama dengan peranti didayakan Bluetooth, seperti kit kereta, peranti didayakan Bluetooth secara

automatik mengakses maklumat kenalan pada peranti anda.

• Pada kali pertama peranti anda yang menjalankan BlackBerry 10 OS versi 10.3.1 atau lebih baru dipasangkan dan

disambung dengan peranti Bluetooth yang aktif, seperti kit kereta, anda menerima pemberitahuan di peranti

BlackBerry yang meminta anda mengesahkan bahawa anda membenarkan akses kepada maklumat kenalan anda.

Membenarkan akses kepada kenalan anda

Peranti didayakan Bluetooth mesti menyokong Profil Akses Buku Telefon (PBAP).

1.

Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.

2.

Ketik

Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Bluetooth >

.

3.

Lakukan mana-mana perkara berikut:
• Untuk membenarkan akses kepada maklumat kenalan anda, dalam senarai juntai bawah Akses Buku Alamat,

ketik nama kumpulan kenalan atau Semua.

• Untuk mencipta kumpulan kenalan yang boleh diakses peranti didayakan Bluetooth, dalam senarai juntai bawah

Akses Buku Alamat, ketik Cipta Kumpulan Kenalan > Kumpulan Baru. Lengkapkan arahan pada skrin.

Untuk menghentikan akses kepada maklumat kenalan anda, dalam senarai juntai bawah Akses Buku Alamat, ketik Tiada.

Panduan Pengguna

Tetapan

163