Menjadikan peranti anda berpasangan dengan kereta
Ciri Kereta Saya meningkatkan pengalaman anda apabila peranti BlackBerry anda berpasangan dan bersambung dengan
kereta anda menggunakan teknologi Bluetooth. Apabila kereta dan peranti anda disambungkan dan ciri Kereta Saya
dihidupkan, peranti anda mungkin memaparkan skrin kunci yang disesuaikan. Juga, aplikasi khas mungkin kelihatan
dalam kategori Aplikasi Pemanduan di BlackBerry World.
Kali pertama peranti anda mengesan sambungan Bluetooth dengan kereta yang didayakan Bluetooth, peranti anda
menggesa anda untuk menetapkan kereta itu sebagai kereta anda. Selepas anda menjadikan peranti itu berpasangan
dengan kereta anda, skrin kunci menunjukkan bahawa peranti itu disambungkan ke kereta anda dan memaparkan ciri
yang tersedia.
Mematikan ciri Kereta Saya
1.
Pada skrin utama, leret ke bawah dari bahagian atas skrin.
2.
Ketik
Tetapan > Rangkaian dan Sambungan > Bluetooth.
3.
Sentuh dan tahan nama kereta anda.
4.
Ketik Nyahtetapkan Kereta Saya.
Panduan Pengguna
Tetapan
162